WARNA-WARNI , BUNGA ROSE JEPUN

WARNA-WARNI , BUNGA ROSE JEPUN

Bunga Cantik Sepanjang Musim Panas

Tambahkan Warna-warni di Laman Anda

Bunga Rose Jepun

1. Pengenalan Ringkas

Rose Jepun(RJ) juga dikenali sebagai Portulaca atau Moss Rose, ​adalah pilihan yang ideal untuk sesiapa yang ingin menambah ​keceriaan di laman mereka.


Dengan warna-warna yang cerah dan tahan lasak dalam cuaca panas, ​Rose Jepun adalah bunga yang memerlukan sedikit penjagaan tetapi ​memberikan hasil yang mengagumkan.


Sama ada anda seorang tukang kebun berpengalaman atau baru ​bermula, Rose Jepun pasti akan menjadi bintang di laman anda."

Ciri-ciri Bunga Rose Jepun

Rose Jepun dikenali dengan daunnya yang tebal dan separa sukulen, ​yang membantu mereka bertahan dalam cuaca panas dan kering.


Bunganya datang dalam pelbagai warna yang cerah seperti merah, ​kuning, jingga, merah jambu, dan putih dan banyak lagi.


Bunga-bunga ini biasanya mekar pada waktu pagi antara pukul 10 pagi ​dan akan tertutup menjelang petang, bergantung kepada tahap ​pencahayaan. Disebab itu, RJ juga dikenali sebagai Bunga Kembang ​Pukul 10 dikalangan orang-orang kampung.


Lihat pelbagai warna dan bentuk bunga portulaca dalam galeri kami.

2. Panduan Penanaman

1. Lokasi dan Cahaya Matahari

Untuk hasil terbaik, tanamlah Rose Jepun di kawasan yang menerima ​cahaya matahari penuh sepanjang hari.


Cahaya matahari yang mencukupi memastikan Rose Jepun ​menghasilkan bunga yang banyak dan warna yang lebih cerah.


Sekiranya anda terpaksa menanam di kawasan yang mendapat ​cahaya separa, pilihlah lokasi yang menerima sinar matahari petang ​yang lebih terang dan hangat.

2. Penyediaan Tanah

Rose Jepun tidak cerewet tentang jenis tanah, tetapi ia akan ​tumbuh dengan baik dalam tanah yang longgar, berpasir, dan ​mempunyai saliran yang baik.


Tanah yang terlalu padat atau liat boleh menyebabkan masalah ​seperti reput akar. Untuk memperbaiki saliran, tambahkan pasir ​atau sekam padi lama ke dalam tanah. Ini bukan sahaja membantu ​mengelakkan reput akar tetapi juga memastikan tumbuhan ​mendapat nutrien yang mencukupi.


3. Penyiraman dan Penjagaan

Rose Jepun adalah tumbuhan yang tahan lasak dan memerlukan ​sedikit air. Namun, pada musim panas yang sangat panas, ​penyiraman yang mencukupi diperlukan untuk memastikan bunga-​bunganya tetap segar dan cantik.


Elakkan penyiraman berlebihan kerana ini boleh menyebabkan akar ​reput. Pastikan tanah benar-benar kering di antara sesi penyiraman."

4. Penghasilan Baru

Rose Jepun boleh dibiakkan dengan mudah melalui keratan batang.


Ambil keratan batang sepanjang 2-4 inci dari tumbuhan yang sihat, ​buang bunga atau tunas yang sudah layu, dan tanam dalam tanah ​yang lembap.


Dalam masa 1-2 minggu, keratan ini akan mula mengeluarkan akar ​dan boleh dipindahkan ke kawasan penanaman yang baru.

3. Jenis Rose Jepun yang Popular

Carnation

Jenis Rose Jepun yang paling popular, terkenal ​dengan kelompok bunga berlapis yang cantik ​seperti bunga Ros.


Carnation hadir dalam pelbagai warna terang ​yang memukau pandangan mata dan jiwa. ​Bayangkan laman anda dipenuhi dengan warna-​warni yang menceriakan.


Pokok Carnation amat tahan lasak dari segi cuaca ​panas dan cuaca lembab.


Carnation sering digunakan sebagai tanaman ​hiasan di taman-taman , pasu dan pasu gantung.

4. Jom Tanam RJ bersama saya

Bagi anda yang terpesona dengan keindahan alam dan ingin ​menyaksikan warna-warni yang menakjubkan di laman rumah yang ​sebelum ini terbiar, inilah masanya untuk memberi laman rumah ​anda sentuhan baru dengan Rose Jepun (RJ).


RJ adalah pilihan yang hebat untuk anda yang ingin menanam dan ​menjaga bunga dengan mudah.


Jangan biarkan ketakutan menghalang anda!


Jadikan Rose Jepun sebagai permulaan anda dalam dunia ​penanaman bunga.


Saya, sebagai seorang pakar dengan pengalaman lebih dari 10 tahun ​dalam penanaman bunga Rose Jepun, akan bersama anda setiap ​langkah dalam perjalanan ini.

Langkah-langkah Menanam Rj

1. Sediakan Medium

Rose Jepun tidak cerewet tentang jenis tanah, tetapi ia akan ​tumbuh dengan baik dalam tanah yang longgar, berpasir, dan ​mempunyai saliran yang baik.

2. Pilihan Keratan

Cara yang paling senang nak tanam Rose Jepun adalah melalui ​keratan. Masa yang di ambil dari mula penanaman sehingga Bunga RJ ​mula berbunga adalah lebih kurang 45 hari. (Dengan cara penjagaan ​yang betul)


RJ lebih mudah hidup melalui penanaman keratan tak kira keratan ​itu gemuk atau kurus atau dah tak berdaun. Yang penting keratan ​masih sihat dan keras.

3. Cara Potong Keratan

Semasa hendak tanam, potong keratan lebih kurang 5cm atau ​sepanjang jari tangan.


Ini adalah bertujuan supaya apabila RJ dah tumbuh nanti, pokok ​dapat menyerap baja dengan kadar maksima dan pokok akan ​tumbuh dengan subur dan sihat.

4. Cara Tanam

Cucuk keratan kedalam tanah dengan anggaran separuh keratan ​masuk ke dalam tanah dan separuh lagi berada di atas tanah.


pastikan jarak antara keratan jangan terlalu rapat, supaya pokok ​yang tumbuh nanti ada ruang yang cukup untuk membesar.


siram dan letak di tempat yang kena cahaya matahari pehun.

5. Cara Penjagaan

Selepas 1 minggu penanaman atau pokok dah mula bertunas hijau, ​boleh mula letak baja subur. Taburkan sedikit baja dahulu setiap ​1minggu 1kali supaya anak pokok boleh sesuaikan diri untuk terima ​baja


Apabila pokok berusia 3minggu, boleh mula tabur baja bunga dan ​subur.


Siram pokok mengikut kesesuaian tanah. Sekiranya tanah jenis cepat ​kering siram 2 kali 1hari pagi dan petang. Jika tanah jenis lembab, ​hanya siram apabila tanah kering.

6. Laman penuh warna-warni

Selepas 45 hari penanaman, anda akan dapat hasil warna-warni yang ​penuh ceria ini.


Jangan Ragu-ragu lagi, penuhi laman anda yang Sebelum ini yang ​kosong dan sunyi dengan keceriaan Kembangnya bunga Rose Jepun.


Anda pasti akan dapat kegembiraan yang tak terhingga.

Jenis ID Carnation

Tentang Saya

Saya Aiman, dalam dunia Online saya dikenali sebagai Aiman Aira.


Saya adalah pengasas Laman Mini Nursery Rose Jepun Aiman Aira, ​yang berada di Kuala Besut, Terengganu.


Hampir 15 tahun lebih saya berada dalam dunia Pertanian dan ​tanaman Laman.


Keutamaan saya adalah penanaman Bunga Rose Jepun dan menjadi ​Saller Bunga Rose Jepun sejak tahun 2014.

Aktiviti-aktiviti Di laman Aiman Aira

Promo Keratan Rose Jepun ​(Carnation)

Pakej A

Promosi Pakej A


50 keratan Rm18 termasuk kos Pos untuk ​Semenanjung Malaysia sahaja


Apa yang anda akan dapat:


1- 50 keratan Bunga Rose Jepun Carnation ​semua ID mengikut keadaan Stok yang ada


2- Semua ID akan diikat asing-asing


3- Ebook PERCUMA Panduan Cara ​Penanaman Bunga Rose Jepun dalam ​bentuk Digital (PDF format) yang akan ​saya hantar melalui

e-mail atau Whatsapp

Promo Keratan Rose Jepun ​(Carnation)

Pakej B (Promosi Istimewa)

Promosi Pakej B


100 keratan Rm26 termasuk kos Pos untuk ​Semenanjung Malaysia sahaja


Apa yang anda akan dapat:


1- 100 keratan Bunga Rose Jepun ​Carnation semua ID mengikut keadaan ​Stok yang ada.


2- Semua ID akan diikat asing-asing


3- Ebook PERCUMA Panduan Cara ​Penanaman Bunga Rose Jepun dalam ​bentuk Digital (PDF format) yang akan ​saya hantar melalui

e-mail atau Whatsapp

Warna-warni Rose Jepun di Laman